Saturday, October 31, 2015

Adikku Sayang - Zikir Fikir

Tauk: Zikir Fikir
Artis: Adikku Sayang
Tahun: 2008
Kandungan Lagu Dalam Album: 10 Track
Kualiti Album: *****5 bintang

Cover Album:

Melihat pada cover abum ini sangatlah cantik kerana latar belakangnya bercorakkan alam semesta ciptaanNya di muka bumi ini, warna pakaian yang dikanakan sangatlah padan dengan suasananya. Ucapan penghargaan buat semua, ucapan dari setiap ahli kumpulan, nama2 yang telah menjayakan album ini juga kekemasan lirik turut berada di dalamnya, album ini juga berada dalam bentuk CD audio, kaset & MTV karaoke.

Kualiti Keseuruhan Lagu: *****5 bintang





Zikir Fikir
Lagu: Syah Inteam
Lirik: Syahsyah

Lagu ini mengajak kita semua untuk berzikir & memuji kebesaranNya yang telah menjadikan alam ini. Dari segi muziknya berentak rancak & mudah di ikuti oleh sesiapa saja.

Senandung Anak Pejuang
Lagu: Halim Libya
Lirik: Zuraimi Ismail & Ito Lara

Lagu ini sebenarnya lagu lama yang pernah di popularkan oleh kumpulan Soutul Jihad pada tahun 1995, kini lagu ini telah dinyanyikan semula oleh mereka dalam versi & nafas yang baru dari pengubahsuaian lirik & muzik. Dalam lagu ini mereka berkolebrasi dengan Syah Inteam juga merupakan vokalis asal yang menyanyikan lagu ini ketika beliau menganggotai kumpulan Soutul Jihad. Lagu ini berkenaan dengan seorang anak yang merindukan ayahnya yang pergi berjuang dalam menegakkan kebenaran, sangat tersentuh bila dengar lagu ini sebenarnya. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Al-Husaini
Lagu/Lirik: Rahim Inteam

Lagu ini berkenaan dengan 2 orang pemuda juga cucu kepada Rasulullah SAW, mengikuti jejak langkah Nabi dalam meneruskan perjuangan demi menegakkan agama islam. Dari segi muziknya berentak sederhana.

Kasihnya Ibu
Lagu: P. Ramlee
Lirik: S. Sudarmaji

Sebuah lagu lama yang pernah di popularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sendiri menjadi ingatan buat semua yang pernah mendengarkan lagu ini, kini kumpuan ini teah membawa kelainan pada lagu yang di sampaikan. Lagu ini sangat tersentuh kerana ia berkenaan dengan pegorbanan seorang ibu yang sanggup lakukan apa saja demi anak2nya. Dari segi muziknya berentak slow.

Indahnya Alam
Lagu/ Lirik: Amin Inteam

Lagu ini berkenaan dengan keindahan alam yang terbentang uas di muka bumi ini, liriknya sangat menceriakan sesiapa yang menghayatinya. Dari segi muziknya berentak rancak.

1, 2, 3 Sayang
Lagu: Copyright Control

Sebuah lagu yang berbentuk nasihat & sangat berguna pada semua. Lagu ini mereka berkolebrasi dengan Nazrey Johani. Dari segi muziknya berentak sedehana & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Guru Insan Mulia
Lagu: Rahim Inteam
Lirik: Alif Lam Ra

Lagu ini berkenaan dengan seorang insan yang bergelar guru, kenanglah dirinya yang telah mengajar kita ketika masih digelar sebagai pelajar, guru adalah pengganti ibu bapa ketika di sekolah. Dari segi muziknya berentak sedikit slow & sangat tersentuh sebenarnya.

Solatullah
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu arab yang suatu ketika duu pernah di popularkan oleh kumpulan Al-Mizan pada tahun 70-an lagi, kini mereka telah membawa lagu ini dengan nafas & muzik yang baru. Dari segi muziknya berentak rancak.

Asmaul Ambiya
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu berkenaan dengan 25 nama Rasul yang wajib kita ketahui dinyanyikan daam bahasa arab, lagu ini sebanranya lagu lama & tak pasti artis asalnya. Dari segi muzik berentak sederhana.

Rasul Junjungan
Lagu: M. Saiful Fahmi
Lirik: M. Saiful Fahmi, Ust Azli & Ust Syukri

Sebuah lagu yang berkenaan dengan kehidupan Rasulullah ketika hayatnya di dunia ini, sebagai umat islam di masa kini kita hendaklah ikut contoh baginda, lagu ini di selang selikan dengan selawat ke atasnya. Dari segi muziknya berentak sedikit rancak & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Ucapan:

Tahniah di ucapkan buat semua kerana telah menerbitkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment