Monday, March 28, 2016

Qathrunnada - Dengan RahmatMu

Tajuk: Dengan RahmatMu
Artis: Qathrunnada
Tahun: 2014
Kandungan Lagu Dalam CD: 12 Track
Kualiti Album: *****5 bintang

Cover Album:

Warna yang di gunakan dalam cover album ini ialah hitam, kelabu & putih sebagai warna utama, di setiap bahagian depan & belakang sudah pastinya ada gambar semua ahli2 kumpulan ini, ucapan penghargaan, nama2 yang terlibat dalam pembikinan & susunan lirik yang sangat kemas turut berada dalam album ini.

Pengenalan:

Kumpulan ini di tubuhkan pada tahun 1999 & dalam masa yang sama mereka pernah menerbitkan album juga pada tahun yang sama, setelah beberapa tahun mereka berehat buat sementara waktu, mereka kembali aktif pada tahun 2013.

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang






Rasulullah Bulan Purnama
Lagu/Lirik: Qathrunnada

Lagu ini sangat tersentuh bila mendengarnya, ia berkenaan dengan kekasih agung yang kita cintai iaitu Nabi Muhammad SAW. Dari segi muziknya berentak sederhana & diringi dengan alat perkusi yang dimainkan.

Khaliqul Alam
Lagu/Lirik: Qathrunnada

Lagu ini berkenaan dengan Tuhan yang maha kuasa yang telah menciptakan seluruh makhluk di muka bumi ini, banyak penghayatan yang perlu di ambil dalam lagu ini. Dari segi muziknya berentak sederhana.

Patut Bersyukur
Lagu/Lirik: Qathrunnada

Lagu ini berkenaan dengan apa yang ada di dunia ini seharusnya kita hendaklah bersyukur atas apa yang di berikan olehNya di dunia ini. Dari segi muziknya berentak sedikit slow & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Air Mata
Lagu/Lirik: Qathrunnada

Lagu ini berkenaan dengan "Air Mata" yang menyingkap berbagai perasaan pada diri ini, dalam masa yang sama penghayatan yang sangat bermakna bila mendengarkannya. Dari segi muziknya berentak sederhana & rancak.

Nasihat Untuk Anak
Lagu/Lirik: Qathrunnada

Lagu ini berkenaan dengan nasihat & pesanan seorang ayah kepada anaknya agar menjadi insan yang berguna suatu masa nanti. Dari segi muziknya berentak sedikit slow & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Bermusafirlah
Lagu/Lirik: Qathrunnada

Sebuah lagu lama yang pernah di popularkan oleh kumpulan The Zikr suatu ketika dulu, ia berkenaan dengan sebuah pengembaraan di setiap tempat, melihat pemandangan yang sangat indah ciptaanNya. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Aku Memohon Dengan RahmatMu
Lagu/Lirik: Qathrunnada

Lagu ini menginsafkan diri ini kerana setiap perbuatan dosa yang di lakukan pasti kita akan memohon keampunan kepadaNya. Dari segi muziknya berentak slow

Erti Kasih Sayang
Lagu/Lirik: Qathrunnada

Lagu ini berkenaan dengan kasih sayang kepada sesiapa yang kita cintai tak kira keluarga, guru sahabat & sebagainya. Dari segi muziknya berentak slow & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Rasa Bertuhan
Lagu/Lirik: Qathrunnada

Lagu ini pernah di popularkan oleh kumpulan Mawaddah (P), ia berkenaan dengan dengan kecintaan kita & ada rasa bertuhan, janganlah kita derhaka kepadaNya kerana ia membawa murka. Dari segi muziknya berentak slow.

Kita Hamba
Lagu/Lirik: Qathrunnada

Lagu ini berkenaan dengan kehambaan kita terhadapNya di atas muka bumi ini, sentiasa mengingatiNya tak kira di mana jua. Dari segi muziknya berentak slow & simple saja.

Cinta Agung
Lagu/Lirik: Qathrunnada

Sebuah lagu yang pernah mereka popularkan pada tahun 1999, ia berkenaan dengan cinta kita kepada Yang Maha Agung, namun kini ia telah pun di beri nafas baru dari segi muzik & sebainya & ia berentak slow seperti sebelumnya.

Ku Harap PadaMu Tuhan
Lagu/Lirik: Qathrunnada

Lagu ini berkenaan dengan pengharapan seorang hamba ke pada TuhanNya, sungguh menyentuh bila mendengar lagu ini, Dari segi muziknya berntak slow

Ucapan:

Tahniah buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment