Thursday, March 31, 2016

Akhdan - Sejadah Keinsafan

Tajuk: Sejadah Keinsafan
Artis: Akhdan
Tahun: 2011
Kandungan Lagu Dalam CD: 10 Track
Kualiti Album: *****5 bintang

Cover Album:

Cover album ini sangat unik kerana ia menggunakan kombinasi 2 warna iaitu hijau & kuning, apabila ia di cantumkan nampak cantik serta memang sesuai di jadikan sebagai latar belakang. Gambar ahli kumpulan turut ada bersama bagi menyerikan lagi, ucapan penghargaan kepada semua peminat, ucapan penghargaan dari setiap ahli kumpulan, nama2 yang terlibat dalam di sebalik tabir & susunan lirik yang sangat kemas turut berada dalam album ini.

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang





Hidup Sementara
Lagu/Lirik: Mohd Yazid Ali & Wan Zakaria

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan yang dilalui di dunia ii, dunia ini hanya sementara, tak kira tua atau muda pasti akan bertemu juga denganNya nan ti. Dari segi muziknya berentak slow

Zikir 1

Zikir Hasbi Rabbi ini sangat menenangkan jiwa bila mendengarnya, & dari segi muziknya berentak sederhana serta simple saja.

Cabaran Hidup
Lagu/Lirik: Mohad Yazid Ali & Wan Zakaria

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan yang penuh dengan cabaran dalam menempuhi halangan yang ada, dengan berbekalkan keimanan pastinya ia telah berjaya akhirnya. Dari segi muziknya berentak sederhana & lagu ini sangat best bila mendengarnya.

Zikir 2

Zikir Subhanalah ini adalah zikir yang me-muji2 kebesaranNya di atas muka bumi ini, jadi sentiasa amalkan zikir ini setiap masa. Dari segi muziknya berentak sederhana & simple.

Doa Untuk Ibu
Lagu/Lirik: Pena Sepi

Lagu ini tersangatlah menyentuh hati bila mendengarnya, ia berkenaan dengan doa kita kepada ibu yang telah menjaga kita sejak dari lahir lagi. Dari Segi muziknya berentak sedikit slow & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Zikir 3

Zikir Lailaha Illallah yang pertama ini sangat best, Dari segi muziknya berentak slow & simple.

Zikrullah
Lagu/Lirik: Pena Sepi & Wan Zakaria

Lagu ini sangat2 best bila mendengarnya kerana lagu ini juga mengajak kita semua untuk mengingatiNya sentiasa tak kira di mana jua, di samping itu paduan suara oleh kumpulan ini sangat2 mantap dalam lagu ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & mudah dihayati sebenarnya.

Tirai Malam
Lagu/Lirik: Zidma & Wan Zakaria

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang sebelumnya telah melakukan dosa, setibanya malam menjelma dia lantas memohon keampunan ke padaNya di atas apa yang di lakukan selama ini dengan tangisan tanpa henti. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Zikir 4

Alunan zikir Lailaha Illallah yang ke 2 ini sangat mantap dengan paduan suara serta kelainan melodi dari yang sebelumnya. Dari segi muziknya berentak sederhana & simple

Sejadah Keinsafan
Lagu/Lirik: Idli & Wan Zakaria

Permulaan muzik lagu ini di iringi dengan bunyi peperangan yang sedang berlaku, lagu ini berkenaan dengan apa yang berlaku di atas muka bumi ini & dalam masa yang sama kita seharusnya menginsafkan diri serta menggalkan dosa2 yang lalu. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan:

Tahniah di ucapkan buat semua yang telah menerbitkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment