Sunday, March 27, 2016

Mizie Kamis - Kini 15

Tajuk: Kini 15
Artis: Mizie Kamis
Tahun: 2015
Kandungan Lagu Dalam CD: 10 Track
Kualiti Album: *****5 bintang

Cover Album:

Warna utama yang di gunakan dalam cover album ini iaitu warna putih & hitam, uniknya ada gambar beliau yang di kelilingi dengan bunga Sakura yang sangat indah di pandang mata. Mana di bahagian ucapan penghargaan serta di sebalik tabir ada langit yang berwarna biru serta awan yang mengiasi latar belakangnya. Manakala bahagian lirik di letakkan dengan gambar yang berwarna warni & sangat cantik di pandang mata. Ucapan penghargaan & di sebalik tabir nama2 yang terlibat tidak terkecuali ada dalam album ini juga susunan lirik yang sangat kemas ada di dalamnya.

Kualiti Keseuruhan Lagu: *****5 bintang





Kasih Yang Satu
Lagu: Mizie Kamis
Lirik: MK Production

Lagu ini berkenaan dengan kasih seorang hamba kepada TuhanNya, dalam lagu ini juga di selitkan dengan zikir yang sangat indah apabila ia di alunkan dengan baik. Dari segi muziknya berentak sederhana & keseluruhan lagu serta lirik dapat di hayati dengan baik

Selawat
Lagu: Mzie Kamis
Lirik: Copyright Control

Alunan selawat yang di sampaikan sangat sesuai untuk sesiapa saja yang mendengarnya & lagunya sangat unik. Dari segi Muziknya berentak sedikit slow.

Kalimah Berjasa
Lagu: Mizie Kamis
Lirik: Srikandi Hannan

Lagu ini berkenaan dengan cinta kita kepada Rasulullah SAW & kita sentiasa berselawat ke atasnya setiap masa tanpa henti, kalimah yang di maksudkan dalam lagu ini iaitu Al-Quran kalamullah yang di tinggal kepada kita sebagai umatnya di dunia ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & lagu ini juga seringkali di mainkan di corong2 radio.

Kasih Selamanya
Lagu: Mizie Kamis
Lirik: MK Production

Lagu ini sangat tersentuh kerana ia berkenaan dengan pemergian insan yang tersayang buat selamanya iaitu ibu & ayah, sungguh tak terbalas jasa mereka kepada kita sebagai anak ketika hayat masih di dunia. Dari segi muziknya berentak sederhana.

Ya Latif
Lagu: Mzie Kamis
Lirik: Copyright Control

Alunan zikir yang sangat indah juga mudah di ikuti sebenarnya, namun dari seg ;agu ada kelainan yang di bawakan. Dari segi muzik berentak sedikit sederhana nak ke slow.

Tangisan Anak Pejuang
Lagu: Mizie Kamis
Lirik: MK Production

Lagu ini sanagt menyentuh hati & perasaan kerana ia berkenaan dengan apa yang berlaku terhadap umat islam di atas muka bumi ini, ada yang di tindas tanpa ada rasa belas kasihan & sebagainya , semoga mereka yang syahid bahagia di alam sana selepas berjuang mempertahankan islam di dunia ini. Dari Segi Muziknya berentak slow.

Tubna Ya Allah
Lagu: Mzie Kamis
Lirik: Copyright Control

Aunan zikir yang ke 2 ini juga sangat indah bla ia di alunkan dengan baik, lagu ini juga di gubah oleh beliau untuk memberikan kelinan dari yang sebelumnya. Dari segi muziknya berentak slow serta simple.

Di Suatu Masa (Versi 2015)
Lagu: Mizie Kamis
Lairik: MK Production

Lagu ini kalau sesiapa yang masih ingat sangat2 popular di corong2 radio & pernah memasuki dalam kedudukan carta daam satu radio pada tahun yang sama (2012). Kini lagu ini beliau telah membawakan dalam versi terbaru melalui gubahan muzik yang baru serta vokal yang berlainan dari yang sebelumnya walau pun lagu yang sama. Dari segi Muziknya berentak slow.

Kini
Lagu: Hafiz Azizan
Lirik: Muhayriez Masrie

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan pada masa kini yang penuh dengan kebaikan, lagu ini juga beliau berkolebrasi dengan kumpulan Masrie. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Di Suatu Masa (Minus)

Lagu ini juga terdapat dalam bentuk minus one & memudahkan untuk anda semua menyanyikan semula dalam versi sendiri.

Ucapan:

Tahniah di ucapkan buat semua yang terlah menerbitkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment