Tuesday, March 29, 2016

Munada - Muzik Nasyid Dakwah

Tajuk: Muzik Nasyid Dakwah
Artis: Munada
Tahun: 2016
Kandungan Lagu Dalam CD: 11 Track
Kuaiti Album: *****5 bintang

Cover Album:

Warna yang di gunakan untuk cover ini menggunakan warna yang agak klasik di muka hadapan, gambar yang di maksudkan dengan warna tadi iaitu gambar jalan raya yang sangat tenang, manakaa di bahagian tengah & belang berwarna warni, di bahagian tengah ada gambar ahli2 dalam kumpulan ini. Lirik lagu tiada di sertakan, yang ada hanya ucapan penghargaan, di sebalik tabir nama2 yang terliat & senarai lagu2 saja.

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang






Balada Selawat (Instrumental)
Lagu: Munada

Muzik lagu ini sebenarnya anda semua boleh nyanyikan dalam versi sendiri, unik sekali bunyi muziknya.

Mengharap Damai
Lagu: Fhakarie Munada & Kaca
Lirik: Fhakarie Munda

Lagu ini berkenaan dengan kedamaian yang di harapkan di dunia ini tanpa sebarang persengketaan sekali pun. Dari segi muzik berentak sederhana & sangat bermakna bila mendengarnya.

Bukan Kerna Nama
Lagu: Shukri Sahari & Munada
Lirik: Shukri Sahari

Lagu ini berkenaan dengan insan yang berhati mulia dalam membantu umatnya dalam menuju ke jalan kebenaran, apa yang di lakukan sangat ikhlas tanpa mengharapkan namanya di sanjung oleh orang lain. Dari segi muziknya berentak sederhana.

I'tiraf (Instrumental)
Lagu: Munada

Muzik ini juga sesuai untuk anda semua menyanyikan semula dalam versi sendiri

Kembara Dunia
Lagu: Meorshabil
Lirik: Fhakarie Munada

Lagu ini berkenaan dengan hamba yang pergi mengembara melihat keindahan alam di muka bumi ini. Dari segi muziknya berentak sedikit slow.

Jagalah Dirimu
Lagu: Fikrah, Munada & Shukri Sahari
Lirik: Hasanuddin Md Isa

Lagu ini berkenaan dengan peringatan kita sebagai umatnya untuk menjaga diri, akhlak terhadap orang lain kerana itu adalah satu perbuatan yang baik. Dari segi muziknya berentak sedikit rancak.

Hasbi Rabbi (Instrumental)
Lagu: Munada

Muzik yang ke 3 ini juga ada daam bentuk instrumental & sesuai dinyanyikan dalam versi sendiri.

Sahabat
Lagu: Azizan Munada & Meorshabil
Lirik: Azizan Munada

Lagu ini berkenaan dengan persahabatan yang sentiasa mengharungi liku2, suka duka bersama. Dari segi muziknya berentak slow & sangat best sebenarnya.

Mengharap Damai (Instrumental)
Lagu: Munada

Lagu "Mengharap Damai" juga terdapat dalam bentuk instrumental & anda juga bole nyanyikan dalam versi sindiri.

Tuhanku (Yang Satu)
Lagu: Meorshabil
Lirik: Fhakarie Munada

Lagu ini berkenaan dengan pengharapan seorang hamba kepadaNya agar dirinya dapat kembali ke jalan yang benar. Dari segi muziknya berentak sedikit slow & sangat simple.

Mistik (Instrumental)
Lagu: Munada

Muzik terakhir yang ada dalam album ini juga boleh di nyanyikan dalam versi sendiri kalau ada yang tahu.

Ucapan:

Tahniah di ucapkan buat semua atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment