Thursday, October 22, 2015

R-If - Ahmad Ammar


Tajuk: Ahmad Ammar 
Artis: R-If 
Tahun: 2014
Lagu/Lirik: Amar
Kualiti Lagu: *****5 bintang

Sepertimana yang diketahui umum kumpulan ini cukup terkenal dengan lagu Insan Terulung, Bulan Yang Dinanti & banyak lagi. Kini mereka telah pun berjaya menerbitkan sebuah single yang sangat menyentuh hati & patut dijadikan contoh buat semua yang bergelar muslim pada masa kini. 








Sebuah lagu yang bertajuk Ahmad Ammar ini sebenarnya berkenaan dengan kehidupan beliau (Allahyarham Ahmad Ammar Bin Ahmad Azzam) sendiri yang mana dalam hidupnya beliau dahagakan kasih sayang serta keredhaan dari Allah swt. Sifatnya penuh dengan kejujuran juga keikhlasan yang seharusnya kita ikuti sebagai seorang pemuda sepertinya.

Dari segi lirik lagu ini tersangatlah hebat buat penciptanya kerana setiap isi2 yang di sampaikan penuh dengan makna yang tersirat sebenarnya.

Dari segi vokal kumpulan ini memang tak dinafikan tersangatlah mantap dalam menyampaikan lagu ini dengan penuh penghayatan, dari segi muziknya pula berentak slow & sememangnya sesuai dengan lagu ini.

Lagu ini sering dimainkan di corong2 radio, juga video oficial lagu ini di pertontonkan di kaca TV mahu pun di youtube & tahniah kerana sambutan yang menggalakkan melaui youtube mendapat sambutan yang sangat hebat dari peminat2 setia lagu tersebut.

Ucapan:

Tahniah di ucapkan atas penerbitan single lagu ini dengan jayanya, semoga dengan kehadiran lagu ini dapat dijadikan sebagai pengajaran juga contoh teladan buat insan2 yang bergelar pemuda pada hari ini & teruskan perjuangan semua hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment