Thursday, October 22, 2015

Mizie Kamis - Di Suatu Masa

Tajuk: Di Suatu Masa 
Artis: Mizie Kamis 
Tahun: 2012 
Kandungan Lagu Dalam CD: 11 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Cover album ini menggambarkan alam semesta yang sangat indah, di bahagian hadapan & di bahagian lirik lagu adanya gambar beiau. Susunan lirik sangat kemas tetapi saiz yang di dgunakan pada font tulisan agak kecil serta hampir sama dengan latar belakang lirik tersebut. Di bahagian belakang cover ini pula adanya ucapan penghargaan & nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini. hampir kesemua lagu & irik di ciptakan oleh beliau & dari segi vokal memang tak di nafikan sangat mantap tanpa pecah sikit pun.  



Kuaiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 











Di Suatu Masa 

Lagu/Lirik: Mizie Kamis 


Lagu ini berkenaan dengan pengharapan seorang hamba lalu berdoa agar suatu masa nanti ia akan bertemu jua denganNya di sana nanti. Dari segi muziknya berentak slow & dapat di hayati dengan sebaiknya. 



Zikir Hamba 

Lagu/Lirik: Mizie Kamis 


Lagu ini mengajak kita semua untuk zikir bersama, dalam masa yang sama ikita perlu menghayati keindahan alam semesta di muka bumi ini. Dari segi muziknya berentak sederhana. 



Hakikat Cinta 

Lagu: Mizie Kamis 
Lirik: Nur Sukma Jiwa & Mizie Kamis 


Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang mengharap & mendambakan cinta kepadaNya, dia terus berdoa agar cinta itu dapat diterima olehNya. Dari segi muziknya berentak sedikit slow. 



Sahabat 

Lagu/Lirik: Mizie Kamis 


Lagu ini berkenaan dengan kenangan dalam persahabatan, namun ukhwah yang terbina suatu ketika dulu tetap terus dalam ingatan walau pun berjauhan. Dari segi muziknya beentak sederhana. 



Temani Aku 

Lagu/Lirik: Mizie Kamis 


Lagu ini berkenaan dengan luahan cinta dari si suami kepada isterinya kerana kesepian tanpanya. Dari segi muziknya berentak slow. 



Zikir 

Lagu/Lirik: Copyright Control 


Zikir istghfar ini selalulah di amalkan setiap masa. 



Munajat 

Lagu/Lirik: Hafiz Refleksi 


Sebuah doa khatam quran & zikir munajat yang disampaikan oleh beliau besertas maknanya sekali. Dari segi muziknya menggunakan piano & berentak slow. 



Zulqarnain (feat. Refleksi) 

Lagu/Lirik: Hafiz Refleksi 


Lagu ini berkenaan dengan pengembara islam yang sangat hebatpada ketika itu & sama2lah kita ambil contoh2 yang dilakukannya. Dari segi muziknya berentak sow & diselitkan dengan unsur sedikit rock didalamnya. 



Kini (feat. Masrie) 

Lagu/Lirik: Hafiz Azizan 


Lagu ini berkenaan dengan kehidupan pada masa kini yang mana penuh dengan kebaikan. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Di Suatu Masa (Minus One) & Kini (Minus One) 



Kedua lagu ini terdapat dalam bentuk minus one & memudahkan untuk anda semua menyanyikan semula dalam versi sendiri. 



Ucapan: 



Tahniah di ucapkan pada semua yang telah menerbitkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment