Friday, October 23, 2015

Mu'adz - Rindukan Cahaya

Tajuk: Rindukan Cahaya 
Artis: Mu'adz 
Tahun: 2013 
Kandungan Lagu Dalam CD: 8 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Warna pada cover album ini menggunakan warna biru gelap sebagai latar belakangnya & di serikan dengan beiau di muka hadapan, ucapan penghargaan buat semua juga nama2 yang terlibat dalam menjayakannya turut di sertakan juga, kekemasan lirik lagu tak terkecuali ada dalam album ini. Dari segi vokal dari beliau menyampaikan keseluruhan lagu2 dalam album ini sangatlah mantap & keseluruhan lagu di ciptakan oleh Noe (Letto) & Widi (Letto), keseluruhan liriknya pula oleh Noe (letto). 



Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 








Kepada Hati 



Lagu ini berkenaan dengan luahan hati setiap insan yang mengimpikan apa yang di inginkan, namun ianya tak kekallama & sama2 renung kembali apa yag berlaku di sekeliling. Dari segi muziknya berentak slow serta sangat best. 



Rindukan Cahaya 



Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang merindukan cahaya yang dapat menyuluh dirinya ke jalan yang benar setelah dirinya tersesat serta berada di dalam kegelapan. Dari segi muziknya berentak sedikit slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Ampunan 



Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang ingin memohon keampunan kepadaNya & berserah dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Dari sgi muziknya berentak sederhana & sangat best. 



Ketika Mencinta 



Lagu ini mengajak kita semua untuk mencintaiNya setiap masa tak kira di mana jua, Dia jugalah segalanya buat kita di dunia ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. 



Sambutlah 



Lag ini sebenarnya bertemakan bulan Ramadhan, ia mengajak kita semua menunaikan rukun islam yang ke 3 & memeriahkannya dengan berbagai cara seperti beribadah di siang hari, membaca al-quran serta sebagainya. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat berguna pada semua. 



Rindukan Cahaya (Instrumental), Ampunan (Instrumental & Ketika Cinta (Instrumental) 



3 buah lagu yang sama ini juga terdapat dalam benuk minus one & memudahkan untuk sesiapa saja yang ingin menyanyikan semua dalam versi sendiri. 



Ucapan: 



Tahniah di ucapkan buat semua kerana telah menerbitkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.  


0 comments:

Post a Comment