Saturday, October 31, 2015

Nazrey Johani - Syahadah

Tajuk: Syahadah
Artis: Nazrey Johani
Tahun: 2007
Kandungan Lagu Dalam Album: 10 Track
Kualiti Album: *****5 bintang

Cover Album: warna yang di gunakan sebagai latar belakang agak simple sekali iaitu warna putih menjadi warna utama, manakala bahagian senarai lagu menggunakan warna coklat yang agak klasik. Ucapan penghargaan buat semua, nama2 yang telah menjayakan album ini juga kekemasan lirik yang sangat teratur turut berada didalamnya. Dari segi vokal secara keseluruhannya sangat mantap. Album ini terdapat dalam bentuk CD audio & kaset.

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang





Nur Tasbihah
Lagu: Abiefanisya
Lirik: Copyright Control

Sebuah Lagu yang agak simple kerana ia bertemakan zikir, lagu ini berliau berkoleprasi bersama dengan Dakmie. Dari segi muziknya berentak slow & mudah di ikuti.

Kekasih Yang Dirindui
Lagu: Abiefanisya & Osman
Lirik: Abiefanisya

Lagu ini berkenaan dengan seorang kekasih Allah yang telah lama meninggalkan kita buat selamanya, Dialah Nzabi Muhammad SAW & selalulah berselawat ke atasnya jika hati terasa rindu padanya. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat menyentuh.

Suara Hidayah
Lagu: Abiefanisya
Lirik: Abiefanisha & Rashid

Lagu ini berkenaan dengan pengharapan dalam doa agar di kurniakan hidayah dariNya selepas kita bertaubat dari melakukan dosa2 yang lalu. Lagu ini juga beliau berkolebrasi dengan Ustaz Akhil Hayy. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Dekat Dihatiku
Lagu: Abiefanisya
Lirik:Fairuszainal & Abiefanisya

Lagu ini berkenaan dengan rindu kepada Tuhan yang teah menciptakan alam ini, dalam masa yang sama kita juga akan pergi meninggalkan alam ini buat selamanya. Dari segi muziknya berentak slow.

Kenangan Indah
Lagu: Abiefanisya
Lirik: Pahrol Md Juoi

Sebuah lagu lama yang asalnya pernah di popularkan oleh kumpulan The Zikr, tajuk asal lagu ini iaitu Dunia Baru Islam & lirik pun telah di ubah suai, Dari segi muziknya berentak sedikit slow serta sangat best.

Salam
Lagu/Lirik: Abiefanisya & Rashid

Sebuah lagu berkenaan dengan salam ukhwah buat semua tak kira warna kulit, sama2lah kita menjaganya agar tidak terputus. Dari segi Muziknya berentak rancak & sangat best.

Selawat Ke Atas Rasul
Lagu/Lirik: Abiefanisya

Lagu ini mengajak kita semua untuk berselawat ke atas Rasul tak kira di mana jua, banyak pahala jika kita selalu mengamalkannya. Dari segi muziknya berentak sederhana.

Dia Yang Satu
Lagu/Lirik: Abiefanisya & Rashid

Lagu ini berkenaan dengan Tuhan yang wajib di sembah, Dialah pencipta makhluk di atas muka bumi ini. Dari segi muziknya berentak sedikit rancak & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Nasihat Buat Adik
Lagu/Lirik: Abiefanisya & Rashid

Lagu ini berbentuk nasihat yang di tujukan khas buat adik agar sealu mengormati ibu bapa, jaga tingkah laku & sebagainya. Dari segi muziknya nerentak Rancak.

Kelungung
Lagu/Lirik: Abiefanisya

Sebuah lagu yang sama dengan di track ke 4 tadi, akan tetapi lagu ini telah di ubah liriknya dalam versi bahasa Dusun dari Sabah. Dari segi muziknya sama juga dengan lagu melayu tadi.

Ucapan:

Tahnah di ucapkan buat semua kerana telah menerbitkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment