Saturday, November 14, 2015

UNIC - Tika Itu

Tajuk: Tika Itu
Artis: UNIC
Tahun: 2007
Kandungan Lagu Dalam Album: 8 Track
Kualiti Album: *****5 bintang

Cover Album:

Warna yang di gunakan pada cover CD & kaset menggunakan warna hijau kebiruan serta putih, manakala untuk MTV Karaoke menggunakan warna oren yang hampir menjadi coklat cair & putih. Di muka hadapan terdapat 3 orang ahli dalam kumpulan in, ucapan penghargaan, ucapan dari setiap ahli kumpulan ini juga nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini serta susunan lirik yang sangat kemas terdapat dalam album ini.

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang





Mencari Yang Maha Satu
Lagu: Abai Os
Lirik: Nina, Abai Os & Cat Farish

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang tersesat dalam mengharungi kehidupan, kemudiannya dia buntu & tak tahu arah ingin kemana lalu dia terus berdoa memohon kepadaNya agar diberikan hidayah untuk kembali ke jalan yang benar. uniknya lagu ini di serikan dengan rap yang telah di sampaikan oleh saudara Cat Farish & dari segi muziknya berentak sederhana serta dapat dihayati dengan sebaiknya.

Lafaz Yang Tersimpan
Lagu: Shaiful
Lirik: Atie

Lagu ini berkenaan dengan seorang anak yang derhaka pada ibunya, beliau ingin menyatakan rasa kasih sayang tetapi rasa berat sebenarnya, sememangnya lagu ini memberi pengajaran pada kita semua. Dari segi vokal sangat mantap & dari segi muziknya berentak slow serta menyentuh perasaan

Fenomena
Lagu: Abai Os
Lirik: Nora & Abai Os

Lagu ini berkenaan dengan fenomena dalam mengharungi kehidupan di dunia yang fana, berbagai dugaan, cabaran yang harus di tempuhi. Dari segi muziknya berentak sederhana.

Tika Itu
Lagu/Lirik: Putra Aiman & Mustaqim

Lagu ini berkenaan dengan perpisahan & mengimbau kembali saat2 bersama dalam persahabatan sebelum melangkah ke daerah yang baru. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best.

Kau Kawan, Sahabat & Teman
Lagu: Manis Helma
Lirik: Atie

Lagu ini berkenaan dengan sahabat, banyak kisah suka duka di lalui bersama dalam pengajian & sebagainya, Dari segi muziknya berentak sedikit slow & tersangat best.

Harapan Pada Ayah Dan Ibu
Lagu: Manis Helma
Lirik: Manis Alia

Lagu ini sebenarnya lagu lama yang pernah di popularkan oeh kumpulan Nada Murni pada tahun 90-an lagi, ia berkenaan dengan pengharapan anak kepada ibu bapa agar dapat mendidik mereka ke jalan yang benar & mengenali islam dengan lebih dekat lagi. Dari segi muziknya berentak sederhana & agak menyentuh.

Atas Nama Cinta
Lagu: Bazi
Lirik: Atie

Lagu ini berkenaan dengan cinta kita kepada Allah swt yang telah menjadikan makhluk di muka bumi ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best.

Aisya Humaira
Lagu: Putra Aiman
Lirik: Ito Lara

Lagu ini berkenaan dengan seorang wanita juga isteri kepada Nabi, banyak cerita darinya yang boleh kita ambil sebagai pengajaran sebenarnya. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Ucapan:

Tahniah di ucapkan buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment