Wednesday, July 29, 2015

UNIC - See You Di IPT

Tajuk: See You Di IPT 
Artis: UNIC 
Tahun: 2003 
Kandungan Lagu Dalam CD: 10 Track 
Kualiti Album: *****5 Bintang  

Cover Album: 

Cover album yang sangat cantik dengan penuh warna warni dimuka hadapan, dibahagian lirik latar belakangnya bercorakkan langit yang indah berwarna biru. Ucapan penghargaan buat semua, ucapan penghargaan dari setiap ahli kumpulan ini, nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini, juga susunan lirik yang agak kemas dengan tulisan yang terang turut terkandung dalam album ini. Pemantapan vokal dari semua ahli kumpulan ini tersangatlah mantap sebenarnya. Album ini ada dalam bentuk CD audio, kaset & MTV karaoke. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 



Remaja 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Manis Alia 

Lagu ini berunsurkan nasihat untuk semua yang bergelar remaja agar sentiasa menghormati keluarga & sentiasa menghargai masa yang ada dengan sebaiknya. Dari segi muziknya agak rancak serta sangatlah sesuai untuk remaja sebenarnya. 

Hakikat Bahagia 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Ustaz Pahrol Md Juoi 

Lagu ini berkenaan dengan kebahagiaan yang di cari sebenarnya, sentiasalah mengingati Allah agar hati sentiasa tenang & kesabaran perlu ada dalam diri sebenarnya. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. 

Demi Cinta Suci 
Lagu: Manis Helma 
Lirik:: Ito Lara 

Lagu ini berkenaan dengan cinta sesama manusia, seorang hamba telah pun bertemu dengan seorang yang di inginkannya, namun cinta antara mereka tak kesampaian & akhirnya dia sedar akan dirinya yang sebenarnya. Dari segi muziknya berentak slow & sangat tersentuh juga. 

Permata Keluarga 
Lagu/Lirik: Abai Os 

Lagu ini ditujukan khas untuk sesiapa yang bergelar anak yang masih kecil yang mana ibu bapa perlu mendidiknya agar menjadi insan yang berguna kelak mereka dewasa nanti. Dari segi muziknya berentak slow Z& sangat sesuai sebenarnya. 

Ke Makam Bonda 
Lagu: SISO Kopratasa
Lirik: Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang 

Lagu ini sangat2 tersentuh & menyedihkan kerana pemergian seorang ibu ke alam nyata buat selamanya, lirik yang sangat puitis & asalnya sebuah puisi yang patut kita hayati. Dari segi muziknya memang menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya. 

See You Di IPT 
Lagu: Wan Shah & Manis Helma 
Lirik: Atie & Ito Lara 

Lagu ini berkenaan dengan kejayaan yang di impikan dalam kehidupan, seseorang yang inginkan kejayaan hendaklah dia berusaha dengan sehabis baik sehingga mencapai ke puncak yang lebih tinggi lagi. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat bersemangat. 

Sebuah Pertemuan 
Lagu: Abai Os 
Lirik: Atie & Abai Os 

Lagu ini berkenaan dengan sahabat yang selalu mengingatkan kita juga memberi semangat agar dapat meneruskan kehidupan ini dengan sebaiknya, kita seharusnya bersyukur kerana telah dikurniakan seorang teman yang banyak membantu dalam kesusahan mahu pun kesenangan, jadi hargailah jasa2nya selama ini. Dari segi muziknya berentak sederhana. 

Sahabat Sejati 
Lagu.Lirik: Mustakim & Putra Aiman 

Lagu ini sangat tersentuh sebenanrnya apabila setiap pertemuan pastinya ada perpisahan hanya kerana Allah. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Ya Habibi Ya Muhammad 
Lagu: Conirol & Putra Aiman 
Lirik: Conirol, Putra Aiman & Arifin

Lagu ini berkenaan dengan kisah Nabi Muhammad SAW & kita perlu menghayati kisah perjuangannya dengan penuh penghayatan. Dari segi muziknya berentak sederhana & berirama padang pasir. 

Zinirah 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Ustaz Pahrol Md Juoi 

Lagu ini berkenaan dengan srikandi islam yang berjiwa kental dalam mengharungi cabaran demi mempertahankan aqidah islam dengan penuh kesabaran & patut dijadikan contoh buat muslimah pada masa kini. Dari segi muziknya berentak slow tetapi sangat mengahayati sebenarnya. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan anda semua hingga ke akhirnya. .  


0 comments:

Post a Comment