Thursday, July 9, 2015

Lah Ahmad - Jalan Untuk Kembali

Tajuk: Jalan Untuk Kembali 
Artis: Lah Ahmad 
Tahun: 2014 
Kandungan Lagu Dalam CD: 11 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Keseluruhan warna latar belakang yang dipilih iaitu warna coklat & dihadapannya gambar beliau bagi menyerikan ;agi album ini. Ucapan penghargaan, nama2 yang terlibat dala menjayakan album & susunan lirik2 lagu yang terlalu kemas mengikut track juga ada didalamnya.Pemantapan vokal suaranya memang tak dinafikan & untuk pengetahuan semua 90% lagu2 serta lirik2 semuanya  hasil ciptaan beliau sendiri. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bntang 



Bacaan Ayat Al-Quran 

Bacaan yang di alunkan dapat dihayati dengan baik dari surah Muhammad ayat 2 & disertakan dengan maknanya sekali. 

Syukur 
Lagu/Lirik: Lah Ahmad 

Lagu ini berkenaan dengan kesyukuran yang perlu kita ucapkan atas apa yang diberikan & diberi peluang untuk kembali ke jalan yang benar. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Ya Allah 
Lagu/Lirik: Lah Ahmad 

Lagu ini mengingatkan kita agar sentiasa memohon ampun atas segala dosa2 yang dilakukan selama ini & minta di makbulkan apa yang dihajatkan. 

Agung 
Lagu/Lirik: Lah Ahmad 

Lagu ini khas ditujukan buat Naqbi Muhammad SAW yang mana bila kita kenangkannya pastinya hati teasa sayu & terasa rindu padanya sentiasa.

Salam 
Lagu/Lirik: Lah Ahmad 

Lagu ini uniknya dimulakan dengan selawat ke atas nabi & kalau dihayati dengan baik memang benar kita hendaklah amalkan selawat ke atasnya tak kira dimana jua & sehingga kini lagu ini telah mendapat tempat dihati peminat2 yang mendengarnya tak kira di corong2 radio mahu pun menonton video lagu ini di youtube. 

Qad Kafani 
Lagu/Lirik: Copyright Control 

Sebuah lagu arab yang berbentuk qasidah & sangat2 best sebenarnya. 

Kehadiranmu 
Lagu/Lirik: Lah Ahmad 

Lagu ini sebenarnya mengisahkan berkenaan dengan hamba yang ingin bertemu dengan Rasulullah suatu masa nanti dengan memohon kepadaNya agar impiannya menjadi nyata jua. 

Nazam Tok Nenek 
Lagu/Lirik: Islamic Heritage 

Lagu ini mengisahkan berkenaan dengan peringatan juga pesanan yang telah dibeikan oleh orang yang lebih tua dari kita & diselitkan selawat ke atas nabi. 

Kau Tercipta
Lagu/Lirik: Lah Ahmad 

Lagu ini megisahkan berkenaan seorang hamba yang ingin memiliki kekasih hati pilihannya & berharap agar dapat bertemu dengannya, namun semuanya tak menjadi. Barulah dia sedar bahawa semuanya milikNya. 

Salam (Akustik) 

Lagu ini juga terdapat dalam versi akustik & sangat best. 

Agung (Instrumental) 

Lagu ini pula terdapoat dalam bentuk minus one & memudahkan untuk anda menyanyikannya semuala. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan atas penerbitkan album ini & teruskan perjuangan hingga ke akhinya.

0 comments:

Post a Comment