Thursday, July 9, 2015

Hilwan - Tak Jemu Menyayangiku

Tajuk :Tak Jemu Menyayangiku 
Aris :Hilwan 
Tahun :2013 
Kandungan Lagu Dalam CD: 

Allahu Rabbuna 
Lirik / Lagu :Copyright Control 

Tak Jemu Menyayangiku 
Lirik / Lagu :Halim Ahmad 

Dengarkan Sahabat 
Lirik / Lagu :Halim Ahmad 

CahayaMu 
Lirik / Lagu :Halim Ahmad 

Sebuah Cinta 
Lirik / Lagu :Halim Ahmad 

Dunia Impianku 
Lirik / Lagu :Halim Ahmad 

Kualiti album :*****5 bintang 

Cover Album: 

Dari segi kulit albumnya sangatlah cantik dengan berlatar belakangkan pemandangan yang sungguh menyenangkan, warna pakaian hitam yang dipakai oleh mereka sangatlah padan dengan latar belakang tersebut & apa yang uniknya album ini hampir kesemua lagu serta lirik dicipta sepenuhnya oleh saudara Halim Ahmad sendiri.

Kualiti Lagu: 

Allahu Rabbuna *****5 bintang 
Tak Jemu menyayangiku *****5 bintang 
Dengarkan Sahabat *****5 bintang 
CahayaMu *****5 bintang 
Sebuah Cinta *****5 bintang 
Dunia Impianku *****5 bintang 
Tak Jemu menyayangiku (Crystal Version) *****5 bintang 
SebuahCinta (Crystal Version) *****5 bintang 


Allahu Rabbuna: 

Sebuah lagu arab yang mana mereka pernah nyanyikan sewaktu di zaman sekolah menengah lagi & dari segi muziknya agak rancak sedikit, ditambah pula dengan alat perkusi yang dimainkan. 

Tak Jemu Menyayangiku:

Lagu ini menceritakan tentang cinta Allah kepada hamba-hambaNya dimuka bumi ini & sentiasa mengingatiNya selalu tak kira waktu. Dari segi muziknya agak slow tetapi penuh penghayatan jika sesiapa yang mendengarnya. 

Dengarlah Sahabat: 

Lagu ini menceritakan tentang persahabatan yang sebenarnya, dalam masa yang sama kita perlu kenangkan jasa-jasanya yang selama ini membantu & mengajarkan erti hidup dalam bersahabat. Dari segi muziknya agak rancak juga seperti mana lagu yang pertama tadi. 

CahayaMu: 

Ia menceritakan tentang seorang hamba yang sedang tercari-cari cahaya dalam kegelapan namun tidak jumpa, akhirnya dia memohon doa kepada Allah agar di ampunkan dosa-dosanya yang lalu, setelah dia mendapat hidayah akhirnya dia bertaubat & tidak akan mengulanginya lagi. Dari segi muziknya agak unik juga kerana menggunakan keyboard walaupun agak slow tetapi penuh keinsafan.

Sebuah Cinta:

Mengisahkan tentang cinta, mereka berkolebrasi dengan Halim Ahmad dalam lagu ini & dari segi muziknya agak slow juga namun penuh bermakna jika dihayati dengan sebaiknya. 

Dunia Impianku:

Lagu ini mengisahkan tentang dunia kita dalam kehidupan terutama bersama masyrakat disekeliling & berlandaskan Al-quran, kiranya umat islam akan bersatu harmoni demi kebahagiaan bersama. Dari segi muziknya agak rancak & juga ditambah dengan alat perkusi yang dimainkan seperti lagu yang pertama tadi. 

Tak Jemu Menyayangiku (Crystal Version & Sebuah Cinta (Crystal Version):

kedua-dua lagu ini hanya menggunakan muzik crystal yang sungguh unik sekali. 

Ucapan:

Semoga kumpulan ini dapat meneruskan perjuangannya dalam berdakwah melalui hiburan InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment