Thursday, July 9, 2015

UNIC - Greatest Hits

Tajuk: Greatest Hits
Artis: UNIC 
Tahun: 2015 
Kandungan Lagu Dalam CD: 17 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Warna yang di letakkan dalam cover album ini sangatlah cantik tambahan pula dilengkapii dengan 2 anak muda dimuka hadapan album tersebut. Ucapan penghargaan, nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini & susunan lirik2 lagu yang agak kemas tak terkecuali didalamnya. Pemantapan vokal sentiasa ada pada mereka walaupun berdua. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 


Syamail Muhammadiah 
Lagu/Lirik: Bazli UNIC 

Syamail Muhammadiah yang bermaksud kesempurnaan Nabi Muhammad SAW. Lagu ini sebenarnya lagu tema rancangan Syamail Muhammadiah di astro, banyak kisah yang perlu kita ambil untuk dijadikan teladan bersama & kisah ini juga terdapat dalam sebuah buku. Alhamdulillah & tahniah kerana video lagu ini dijangkakan beribu atau berjuta yang telah pun menontonnya di youtube. 

Pesona Ramadhan 
Lagu: Bazli UNIC 
Lirik: Ust. Pahrol Md Juoi 

Lagi ini bertemakan Ramadhan, berkenaan dengan lirik lagu ini sebenarnya untuk menceiakan lagi apabila datangnya bulan yang mulia ini tanpa ada rasa sedih & sebagainya. Lagu ini mereka berkolebrasi dengan kumpulan Simfoni & gabungan yang sangat mantap. Dari segi muziknya menggambar keceriaan bila beriringan dengan lagu ini. Alhamdulillah & tahniah juga kerana lagu ini telah pun mencecah beribu atau berjuta penonton yang mengikuti video lagu ini di youtube. 

Maha Suci Allah 
Lagu. Lirik: Amer Al-Mawlid 

Lagu ini mengingatkan kita bahawa Allah swt lah yang telah menciptakan seluruh makhluk dimuka bumi ini, disamping itu juga kita hendaklah memuji kebesaranNya setiap masa. Lagu ini juga mereka berkolebrasi dengan penulis & pencipta lagu ini sendiri iaitu saudara Amer dari kumpulan Al-Mawlid. 

Hijrah 
Lagu: Ummu Omar 
Lirik: Tn. Hj. Ismail B. Ahmad 

Lagu ini mengisahkan berkenaan dengan seorang hamba yang ingin berhijrah ke jalan Allah setelah ia melakukan dosa2nya yang lalu. Dari segi muziknya berentak slow tetapi sangat simple. 

Ikramul Kareem 
Lagu/Lirik: Bazli UNIC 

Lagu ini mereka berkolebrasi dengan Imam Muda musim ke 3, liriknya bermula dengan Asma' Allah, doa taubat & maknanya sekali, ia cukup meneyentuh sesiapa yang dah pun mendengarnya sebelu ini. 

Sangkar Hati 
Lagu: Bazli UNIC 
Lirik: Tn. Hj. Ismail B. Ahmad 

Lagu ini mengisahkan berkenaan dengan peperangan yang telah berlaku terutama di negara2 islam, keamanan yang di impikan tak tercapai hingga ke hari ini & sangat meneyentuh sebenarnya. Dari segi muziknya memang menggambarkan seolah berada dimedan perang.

Ubatan Hakiki 
Lagu: Fadzli Far East 
Lirik: Tn. Hj. Ismail B. Ahmad  

Lagu ini mengingatkan kita dengan perubatan cara islam yang sebenarnya, dalam masa yang sama janganlah kita membelakangkanNya hingga perubatan itu menjadi syirik. Lagu ini mereka berkolebrasi dengan pencipta lagu ini sendiri iaitu saudara Fadzli dari kumpulan Far East. 

Atas Nama Cinta 
Lagu: Bazli UNIC 
Lirik: Atie 

Lagu ini sebenarnya berkenaan dengan cinta kita kepada Allah swt kerana itulah cinta yang sebenarnya perlu kita cari selama ini & lagu ini sangatlah best jika dihayati dengan sebaiknya. 

Menuju Wawasan 
Lagu/Lirik: Fairus SUARA FIRDAUS

Sebuah lagu lama yang asalnya dinyanyikan oleh kumpulan Suara Firdaus dari zaman 90-an lagi sebenarnya. Lagu ini memberi semangat kepada seluruh umat islam khasnya agar diri ini lebih baik dari yang sebelumnya. Lagu ini juga sesuai dijadikan lagu tema untuk kem2 motivasi & sebagainya. 

Iqra' 
Lagu.Lirik: Bazli UNIC 

Sebuah lagu yang mengingatkan kita berkenaan dengan Al-Quran, banyak pengisian yang bleh kita ambil sebagai pengajaran didalamnya. 

Seiring Sehaluan 
Lagu/Lirik: Bazli UNIC 

Lagu ini sangatlah best sebenarnya, juga sesuai dinyanyikan ketika di kem2 motivasi & sebagainya. mengisahkan berkenaan tautan ukhwah yang terjalin dalam persahabatan dikala susah mahu pun senang dalam lengharungi liku2 cabaran. 

Bintang Syurga 
Lagu: Bazli UNIC 
Lirik: Ust. Pahrol Md Juoi 

Lagu ini sangat menyentuh sebenarnya kerana ramai umat islam yang tak berdosa telah syahid ke jalan Allah, inilah yang di impikan oleh mereka selama ini. Lagu ini mereka telah pun berkolebrasi dengan Raqib Majid. Alhamdulillah & tahniah kerana video ini telah mendapat beribu atau berjuta view dari penonton melaui youtube. 

Langkah Tercipta 
Lagu: Bazli UNIC 
Lirik: Bazli UNIC & Atie 

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang telah putus harapan dalam meneruskan perjuangan, namun dalam masa yang sama dia mula tersedar bahawa perjuangan ini perlu diteruskan & dia memohon kepadaNa agar dirinya dapat kembali meneruskan perjuangan hingga ke akhirnya. 

Warkah Cinta 
Lagu: Bazli UNIC 
Lirik: Ubaidillah Alias \

Lagu ini mengisahkan berkenaan dengan cinta sesama manusia dengan penuh pengharapan yang tinggi. Lagu ini mereka berkolebrasi dengan Imam Muda Nazrul & menjadi lagu tema drama Warkah Cinta di TV Al-Hijrah pada tahun 2012. 

Solatlah Wahai Permata Hatiku 
Lagu: Fadzli Far East 
Lirik: Tn Hj. Ismail B. Ahmad 

Lagu ini mengiatkan kepada anak2 kita yang masih kecil betapa pentingnya solah dalam kehidupan seharian yang wajib ditunaikan 5 kali sehari.

Binnabil Huda "France Edition" 
Lagu: Bazli UNIC 
Lirik: Le Rappel 

Sebuah lagu yang pemulaannya bahasa melayu & arab, juga diselitkan dengan selawat ke atas nabi setiap kali nak masuk lirik yang seterusnya. Uniknya lagu ini ditengah liriknya berbahasa francis yang dinyanyikan oleh Le Rappel sendiri serta sangat2 best sebenarnya. 

Seindah Sabar 
Lagu: Bazli UNIC 
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya 

Lagu ini sangatlah tersentuh kerana berrrbagai dugaan yang menimpa terutama umat islam. Orang yang bersabar menerima dugaan ini ada hikmah disebaliknya. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan dakwah kalian dalam bernasyid hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment