Thursday, October 22, 2015

Adam Khaleef Eilyas - Rajuk

Tajuk: Rajuk 
Artis: Adam Khaleef Eilyas 
Tahun: 2015 
Lagu/Lirik: Adam Khaleef Eilyas 
Kandungan Lagu Dalam CD: 1 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 
Kualiti Lagu:*****5 bintang 


Cover Album: 



Cover yang sangat cantik apabila dihiasi dengan pemandangan yang sangat indah, ucapan penghargaan buat semua, nama-nama yang terlibat dalam menjayakan album ini, serta lirik yang agak kemas turut menghiasinya dengan begitu baik sekali.







Pengenalan: 



Saudara Adam Khaleef Eilyas merupakan artis nasyid baharu dalam industri muzik tanah air yang berasal dari negeri Sabah & bergerak secara solo. Di samping itu, beliau juga aktif sebagai penceramah juga pengacara majlis di daerah Tawau, Sabah. Beliau banyak mempelajari seni suara ini dari insan-insan yang sangat hebat dalam dunia nasyid seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan & sebagainya. 



Ulasan Lagu: 



Lagu yang bertajuk "Rajuk" ini sangatlah tersentuh sebenarnya, ia berkenaan dengan ujian yang melanda dengan penuh kekecewaan. Dalam mencari harapan untuk bertemu kebahagiaan, namun dalam masa yang sama halangan demi halangan yang mendatang menimpanya, lalu ia tetap juga berusaha. Akhirnya dia berserah kepada takdir Ilahi yang menentu segalanya & bukan mudah untuk mencari apa yang diimpikan selama ini.



Dari segi penghasilan lirik & lagu ini sangatlah hebat orangnya kerana mampu membuktikan bakat suara yang di anugerahkan oleh-Nya dengan begitu baik sekali. 



Ucapan: Tahniah di ucapkan atas penerbitan album single ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya. Kepada sesiapa yang belum memilikinya bolehlah berbuat demikian sekarang. 



Cadangan: 



Diharapkan ada media2 islamik yang lain dapat ketengahkan saudara Adam Khaleef Eilyas ini dengan mempromosikan albumnya dengan lebih meluas lagi kerana beliau masih baru dalam industri ini.

0 comments:

Post a Comment