Friday, August 7, 2015

Sallehuddin Ismail - Syukur Syawal feat Du'a

Tajuk: Syukur Syawal 
Artis: Sallehuddin Ismail feat. Du'a 
Tahun: 2015 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 
Lagu/Lirik: Sallehuddin Ismail 



Sepertimana yang diketahui semua, beliau merupakan artis solo nasyid underground yang mana beliau hanya mampu merakamkan lagu saja tanpa mengeluarkan sebarang album miliknya. 

Kini beliau telah pun berjaya menghasilkan sebuah lagu raya bagi tahun 2015 & lagu ini beliau berkolebrasi dengan kumpulan Du'a. 

Lagu ini berkenaan dengan tibanya 1 Syawal yang di sambut dengan begitu meriah sekali, anugerah juga nikmat yang diberikan tak terhingga selepas menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan selama sebulan & menyambutnya dengan penuh kesyukuran. 

Dari segi vokal semuanya mantap & susunan muziknya pula sangat terbaik kerana permulaannya berentak slow & sampai part yang kedua hinga akhir sangat rancak. 

Tahniah di ucapkan atas penerbitan video lagu ini & mungkin akan lebih ramai lagi yang akan menontonnya di youtube. 

Dari segi penghasilan lirik & lagu pula tersangatlah baik serta dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kerana berjaya menghasilkan lagu ini dengan begitu baik sekali & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment