Tajuk: Raya & Usia
Artis: Soutul Amal
Tahun: 2015
Kandungan Lagu Dalam CD: 5 Track
Kualiti Album: *****5 bintang
Cover Album:
Warna pada cover album dibahagian hadapan sangatlah cantik kerana di serikan dengan warna hijau, di bahagian belakang menggunakan warna coklat yang agak klasik, disamping itu hanya disebalik tabir album ini & tajuk lagu saja yang ada. Lirik seta ucapan penghargaan tiada disertakan & ini adalah album mini yang ke 3 dari mereka.
Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang
Raya & Usia
Lagu: Firdaus Sahiddin
Lirik: Firdaus Sahiddin & Mohd Subri Abdullah
Lagu ini berkenaan dengan perbezaan antara raya di zaman kanak2, remaja & dewasa mengikut usia yang bersesuaian. Semakin tambahnya usia semakin itulah kita kena beringat ketika menyambut kedatangannya & menghayati maksud yang sebenarnya. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best.
Kita Semua Al-Qassam
Lagu/Lirik: Firdaus Sahiddin
Lagu ini berkenaan dengan pejuangangan yang harus dicontohi bagi menentang musuh2 Allah, pada permulaan intro agak menggerunkan & boleh menaikkan semangat kepada sesiapa yang mendengarnya. Dari segi muziknya juga berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya.
Fana
Lagu/Lirik: Firdaus Sahiddin
Lagu ini pula berkenaan dengan dunia yang akan kita tinggalkan setelah kita tiada di sini, jadi gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya di atas muka bumi ini. Dari segi muziknya berentak sedikit slow & sangat berguna pada sesiapa yang menghayatinya. \
Instrumental Raya & Usia, Instrumental Kita Semua Al-Qassam
Kedua lagu ini juga terdapat dalam bentuk minus one juga memudahkan untuk anda menyanyikan semula dalam versi sendiri.
Ucapan:
Tahniah di ucapkan buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan dalam menyampaikan dakwah melalui nasyid hingga ke akhirnya.
0 comments:
Post a Comment