Thursday, October 22, 2015

Hijjaz - Damai

Tajuk: Damai 
Artis: Hijjaz 
Tahun: 2004
Kandungan Lagu Dalam Album: 10 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Cover album ini sangat simple kerana hanya menggunakan 2 warna saja sebagai latar belakang iaitu biru laut & putih, warna pakaian yang dikenakan oleh mereka sangatlah padan apabila naiknya seri dengan warna kuning air. Latar belakang cover albim ini menggambarkan suasana berada bersama di atas permukaan langait serta awan yang sangat cantik dari bahagian depan hingga ke bahagian lirik lagu bagi CD & kaset. Ucapan penghargaan buat yang tersayang juga ucapan penghargaan buat semua & nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini tak terkecuali ada bersama. susunan lirik yang sangat kemas mengikut track lagu & album ini terdapat dalam bentuk CD audio, kast serta MTV karaoke. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 








Ritma Kehidupan
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Alif Lam Ra 


Lagu ini mengngatkan kita melalui pesanan dalam mengharungi kehidupan uga dapat mengeratkan ukhwah silaturrahim sesama insan. Dari segi muziknya berantak sedikit rancak & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Belaian Ibu 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Alif Lam Ra 


Lagu ini ditujukan khas buat semua insan yang bergelar ibu & telah banyak berjasa sejak kita lahir ke dunia ini, hargailah jasa serta pengorbanannya selama ini. Dari segi muziknya berentak slow juga cukup tersentuh sebenarnya. 



Berkorban Demi Cinta 
Lagu/Lirik: Kamal Halim 


Lagu ini berkenaan dengan seorang insan yang mendambakan kasih sayang dari Yang Maha Esa dalam mengharungi cabaran yang ditempuhinya selama ini, perlu adanya iman dalam hati agar semuanya dipemudahkan & memhon doa kepadaNya agar selamat disana nanti. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. 



Salli Minni Ya Salam 
Lagu/Lirik: Copyright Control 


Sebuah lagu arab yang berentak irama padang pasir yang sangat best. Dari segi muziknya sangat rancak & lebih kepada alat perkusi yang dimainkan.



Penawar Racun Dunia 
Lagu/Lirik: Kamal Halim 

Lagu ini berkenaan dengan apa yang berlaku di atas muka bumi ini, adakalanya ia menjadi penawar untuk kebaikan bersama & kadangkala ia menjadi racun kepada keburukan seperti peperangan & sebagainya, jadi sentiasalah beringat bahawa dunia ini hanya sementara saja. Dari segi muziknya berentak slow juga dapat dihayati dengan sebaiknya. 


Al-Quran Kalamullah 
Lagu/Lirik: Copyright Control 


Sebuah lagu yang mempunyai dua bahasa iaitu bahasa arab & bahasa melayu juga lagu ini sebenarnya lagu lama yang pernah di popularkan oleh artis nasyid zaman 70-an lagi. Lagu ini mengingatkan kita bahawa pentingnya menghayati isi2 yang terkandung dalam al-quran tersebut & memahami maksud yang disampaikan. Dari segi muziknya telah pun di ubah suai dengan muzik yang baru, namun elemen menggunakan alat perkusi tetap dimainkan seperti lagu asal. 



Debu-Debu Dosa 
Lagu/Lirik: Mustaqim & Putra Aiman 


Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang hilang arah sehingga tak tahu ingin ke mana sebenarnya nama tersesat di situ juga, namun dia berusaha mencari tetapi tiada jalan penyelesaiaannya. Akhirnya dia memohon kepada Allah agar di ampunkan segala dosa2nya selama ini & menemui jalan untuk kembali kepada kebenaran yang di inginkan selama ini. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Pemimpin Yang Adil 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Putra Aiman, Ustaz Pahrol Md Juoi & Ito Lara 


Lagu ini berkenaan seorang pemimpin yang di inginkan selama ini dalam membela nasib rakyatnya dari terbiar hidup menderita juga membawa ke arah kebaikan dalam didikan agama yang secukupnya agar dapat dicontohi oleh semua oang, janganlah kita pilih pemimpin yang suka pentingkan diri & mengkhianati rakyatnya dengan berbagai cara. Dari segi muziknya berentak slow & sangat berguna kepada semua.  



Pesona Cinta  
Lagu/Lirik: Abai Os 


Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang sedang dilamun cinta hingga tak sedarkan diri, namun apa yang berlaku hanya sia2 saja sebenarnya. Cinta sesama manusia takkan kekal buat selamanya kerana semuanya akan pergi meninggalkan dunia ini jua akhirnya. Dari segi muziknya berentak slow & sangat menyentuh sebenarnya. 



Aku Hanya Umar 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Ustaz Pahrol Md Juoi 


Lagu ini berkenaan dengan seorang insan yang dulunya hidup dizaman jahiliah hingga sanggup membunuh anak perempuannya tanpa belas kasihan, namun dalam masa yang sama beliau mencapai al-quran & membacanya hingga hatinya menjadi lembut daripada keras seperti batu & dirinya telah insaf dari dosa2nya yang lalu. Beliau yang dimaksudkan itu ialah Saidina Umar Al Khattab. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat memberi pengajaran buat semua. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan buat semua kerana telah menerbitkan album ini dengan jayanya, semoga dapat meneruskan peruangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment