Thursday, July 9, 2015

Instinct - Kaulah Permata

Tajuk :Kaulah Permata 
Artis :Instinct 
Tahun :2008 
Kandungan Lagu Dalam CD:

Selawat 
Lirik / Lagu :Copyright Control 

Itmi'nan 
Lirik / Lagu :Irwan Mohd Subri 

Isteri 
Liik / Lagu :Mizi, Rizal, Zahibi & Duan 

Anta Rabbuna
Lirik / Lagu :Irwan Mohd Subri 

Dermawan
Lirik / Lagu :Zahibi & Mizi 

Resah 
Liik / Lagu :Mizi, Rizal, Zahibi & Duan 

Kualiti Album :*****5 bintang 

Cove Album: 

Melihat pada latar belakang album ini sangat cantik dengan barisan 6 orang ahli kumpulan ini, sedikit pengenalan mereka ini ditubuhkan pada tahun 2004 lagi semasa menuntut di Kolej Univsiti Islam Malaysia atau KUIM (dulu di Kuala Lumpur) sebelum nama itu ditukar kepada Universiti Sains Islam Malaysia atau USIM (sekarang di Nilai Negeri Semilan). Mereka ini hanya sempat merakamkan 2 buah album sahaja & album Kaulah Permata ini adalah album pertama mereka, dari segi muzik keseluruhannya sangat bagus walau pun diselang selikan dengan rentak slow serta rancak. Disanping itu juga ada ucapan dari mereka buat semua yang terlibat dalam menjayakan album ini & ucapan peribadi untuk insan-insan yang tersayang juga tidak dilupakan. 

Kualiti Lagu:

Selawat *****5 bintang 
Itmi'nan *****5 bintang 
Isteri *****5 bintang 
Anta Rabbuna *****5 bintang 
Dermawan *****5 bintang 
Resah *****5 bintang 


Selawat :

Sesuai dialunkan setiap hari & setiap masa tak kira dimana jua walau pun mereka alunkan dalam versi acapella. 

Itmi'nan: 

Lagu ini khas untuk permata hati kita semua yang masih kecil, mendidik mereka menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

Isteri: 

Lagu ini khas ditujukan buat semua wanita yang sudah bergelar isteri yang sentiasa menemani si suami ke mana jua. 

Anta Rabbuna: 

Sebuah lagu yang berbahasa arab yang sanagat best.

Dermawan:

Lagu ini mengajak kita untuk bersedekah kepada yang memerlukan, sesungguhnya orang yang banyak memberi derma ini adalah orang sentiasa pemurah & disukai Allah.

Resah: 

Lagu ini mengisahkan tentang seoang hamba yang bangun bemunajat kepada Allah & meluahkan apa yang terbuku dihatinya dikala resah datang melanda.

Ucapan:

Semoga kumpulan ini dapat kembali dalam meneruskan pejuangan dalam dunia nasyid, sama-sama kita doakan.

0 comments:

Post a Comment